Talian Hayat Gaza: Edaran Roti untuk Pelarian Beit Hanon di Kem Al-Amal, Barat Gaza

Talian Hayat Gaza: Edaran Roti untuk Pelarian Beit Hanon di Kem Al-Amal, Barat Gaza

Kempen Talian Hayat Gaza kekal komited dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat krisis berpanjangan di Gaza. Bermula 27 April hingga 6 Mei 2025, pasukan lapangan kami telah melaksanakan projek edaran roti di Kem Al-Amal, Barat Gaza bagi menyokong keluarga pelarian dari Utara Gaza (Beit Hanon) yang amat memerlukan.

Program ini memfokuskan kepada penyediaan bekalan makanan asas bagi meringankan beban harian penduduk yang menghadapi krisis kekurangan makanan dan keperluan asas yang kritikal. Edaran roti segar ini amat penting bagi membantu keluarga pelarian meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah keadaan yang sangat mencabar.

Kem Al-Amal yang menempatkan pelarian dari Beit Hanon ini merupakan antara kawasan yang terjejas teruk, di mana ramai penduduk telah kehilangan sumber pendapatan dan akses kepada bekalan makanan yang mencukupi. Melalui sumbangan ikhlas daripada para penderma, bantuan ini berjaya sampai kepada mereka yang paling memerlukannya.

Global Hayat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang terus menyokong usaha kemanusiaan ini. Sokongan anda menjadi talian hayat buat mereka yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan.

“Bantuan anda, hayat mereka.”

[CLICK HERE TO DONATE TO THE GAZA FUND]

Teruskan Perjalanan Melalui Blog Kami

Ikuti perkembangan terkini kami, termasuk berita, pandangan, dan inisiatif baharu ketika kami terus berkembang serta mencipta impak berkekalan dalam komuniti demi masa depan yang lebih baik.

Blog

Talian Hayat Gaza: Edaran Roti untuk Pelarian Beit Hanon di Kem Al-Amal, Barat Gaza

Kempen Talian Hayat Gaza kekal komited dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat ...

Blog

Kedaulatan Pertiwi: Mengambil Ibrah Geopolitik Timur Tengah dan Lipatan Sejarah Tanah Air

Konflik dan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, khususnya perang proksi yang melibatkan Israel, ...

Blog

Trak Bantuan Gaza: 11 Trak Memasuki Gaza di Bawah Kempen Rightful Gift

Pengenalan Misi trak bantuan Gaza terbaru yang diketuai oleh Global Hayat telah berjaya menghantar 11 buah trak bantuan kemanusiaan ke dalam Gaza…

Scroll to Top