Kempen

Menyentuh hati dan mengubah komuniti melalui belas kasihan, kelestarian, pendidikan, dan kerjasama global yang berkekalan.

Terokai Kempen Semasa kami di Global Hayat.

Kadangkala, satu kebaikan kecil mampu memberi impak besar. Ayuh kita bersatu membawa perubahan dan menyokong mereka yang memerlukan.

1 Keluaga, 1 Tabung

Jadilah sebahagian daripada gerakan keluarga yang berterusan demi Al-Aqsa. Dengan menempatkan Tabung Hayat Palestin di rumah, anda memupuk semangat bersedekah dalam jiwa generasi akan datang, sambil menyokong secara langsung keperluan bantuan kritikal, pendidikan, dan tempat perlindungan buat saudara kita di Palestin.

Hayat Aqsa

Bersama membantu rakyat Palestin melalui bantuan makanan dan air bersih. Setiap sumbangan anda menyuburkan harapan dan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa.

The Rightful Gift

- The Rightful Gift menyeru penyatuan memberi “hadiah” kehidupan kepada rakyat Gaza. Bukan sekadar sumbangan, tetapi simbol kasih, iman dan solidariti — demi membina semula harapan dan maruah mereka yang diuji.

Korban Hayat

Korban Hayat Bersama Melaksanakan Ibadah Korban Untuk Disalurkan Terus Kepada Saudara Kita Di Palestin. Sembelihan Korban Anda Bukan Sekadar Tuntutan Ibadah, Malah Menjadi Hidangan Bermakna Yang Membawa Kegembiraan, Kelegaan, Dan Sinar Harapan Buat Keluarga Yang Memerlukan Pada Aidiladha Ini.

Tajaan Hayat

Jadilah sinar harapan buat anak-anak yatim yang memerlukan bantuan berterusan demi kelangsungan masa depan mereka. Dengan menyertai Tajaan Hayat, anda membantu menyediakan keperluan asas yang kritikal seperti makanan, pakaian, dan tempat perlindungan, serta akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Setiap sumbangan anda bukan sekadar bantuan kewangan, malah merupakan simbol kasih sayang dan bimbingan untuk membantu mereka memutus kitaran kemiskinan serta membina semula maruah kehidupan yang lebih baik.

Scroll to Top