UTARA GAZA situasi kemanusiaan yang semakin mendesak di Semenanjung Gaza, akses kepada air bersih bukan sekadar keperluan, tetapi adalah talian hayat yang membezakan antara hidup dan mati. Menyedari hakikat ini, Pertubuhan Global Hayat telah berjaya melaksanakan fasa kritikal di bawah kempen ‘Gaza Lifeline’ (Talian Hayat Gaza) campaign.
Selama 10 hari berturut-turut, April 27 to Mei 6, 2025pasukan kami di lapangan telah menggerakkan operasi pengagihan air minuman bersih secara intensif. Fokus utama misi kali ini adalah di Utara Semenanjung Gazakhususnya di kawasan Kejiranan Sahabayang kini padat dengan ribuan keluarga pelarian (IDP).
Krisis Air di Utara Gaza
Kawasan Utara Gaza merupakan antara zon yang paling sukar diakses dan mengalami kerosakan infrastruktur air yang paling teruk. Sumber air sedia ada sebahagian besarnya telah tercemar, meningkatkan risiko penyebaran penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Kehadiran lori tangki air Pertubuhan Global Hayat di celah-celah runtuhan bangunan di Sahaba telah membawa sinar harapan buat penduduk di sana.
Sorotan Impak Program:
- Tempoh Operasi: 10 Hari tanpa henti.
- Lokasi Sasaran: Pusat penempatan sementara di sekitar Kejiranan Sahaba.
- Manfaat: Ribuan liter air bersih telah diagihkan, memberi manfaat langsung kepada ratusan keluarga yang kehilangan tempat tinggal untuk keperluan minuman dan kegunaan harian.
"Setiap titis air yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui Global Hayat bermakna satu lagi nyawa dapat bertahan di sini. Di saat kami dikepung dahaga, bantuan ini sampai tepat pada waktunya," – Wakil Rakan Pelaksana di Gaza. – Implementing Partner Representative in Gaza.








Terima Kasih Penyumbang
Kejayaan misi pengagihan air ini adalah hasil daripada sumbangan tulus ikhlas anda melalui kempen Talian Hayat Gaza. Anda telah membuktikan bahawa jarak fizikal bukanlah penghalang untuk menyantuni saudara kita yang sedang diuji.
Walaupun fasa 10 hari ini telah tamat, krisis di Gaza masih belum berakhir. Pertubuhan Global Hayat komited untuk meneruskan bantuan susulan memandangkan keperluan air bersih adalah keperluan yang berterusan setiap hari.
Teruskan menyokong misi kami.