Menerusi Projek Hayat Aqsa, Global Hayat terus komited dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat krisis berpanjangan di Genting Gaza. Pada 29 Oktober 2026, sebanyak 350 hidangan makanan panas telah berjaya diagihkan kepada 350 orang penerima manfaat di Masjid Al-Raudhah, Genting Gaza.
Pelaksanaan bantuan ini bertujuan memenuhi keperluan asas makanan serta meringankan beban harian penduduk Gaza yang berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi. Penyediaan makanan panas amat penting dalam membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan yang mencabar.
Di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang berterusan, setiap hidangan yang disalurkan membawa kelegaan dan sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. Melalui sumbangan ikhlas daripada para penderma, Global Hayat dapat meneruskan usaha penyaluran bantuan makanan kepada masyarakat Palestin.
Global Hayat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang terus menyokong usaha kemanusiaan ini. Semoga sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia dapat meringankan penderitaan serta membantu saudara kita di Gaza dalam meneruskan kehidupan.
“Bantuan anda, hayat mereka.”
KLIK DI SINI UNTUK MENYUMBANG KEPADA TABUNG BANTUAN PALESTIN










