Rekonstruksi Lubnan Selepas Perang

Rekonstruksi Lubnan Selepas Perang

Lebih lima tahun selepas krisis ekonomi yang menjatuhkan nilai lira Lubnan dan melonjakkan inflasi, kerajaan Lubnan kini berdepan cabaran terbesar — rekonstruksi Lubnan selepas perang.

Selepas 14 bulan perang dengan Israel, Lubnan memerlukan sebanyak $11 bilion untuk membina semula negara yang musnah, menurut anggaran Bank Dunia. Namun, cabaran utamanya bukan sekadar dana — tetapi bagaimana meyakinkan penderma antarabangsa yang skeptikal terhadap sistem politik Lubnan.

Keperluan Mendesak

Lebih 4,000 orang terkorban dan kira-kira 10 peratus kediaman di Lubnan (sekitar 163,000 unit) musnah atau rosak. Kerugian infrastruktur sahaja melebihi $1 bilion.

Kawasan selatan, timur dan selatan Beirut yang banyak didiami penyokong Hezbollah menjadi sasaran utama serangan Israel, menjadikan rekonstruksi kawasan-kawasan ini satu keutamaan.

Masalah ketirisan dan hilang kepercayaan

Kajian pada 2022 oleh The Policy Initiative mendapati syarikat berkaitan politik mengenakan caj lebihan sehingga 35% kepada Majlis Pembangunan dan Rekonstruksi (CDR). Hanya 5% daripada tender diawasi sepenuhnya oleh Lembaga Tender Pusat.

Kejadian letupan pelabuhan Beirut pada 2020 menjadi kemuncak ketidakpercayaan. Penderma mula memintas kerajaan dengan salurkan bantuan terus melalui NGO atau Tabung Amanah Bank Dunia. Pada tahun tersebut, perbelanjaan pembangunan fizikal Lubnan menjunam kepada $38 juta berbanding $1.1 bilion pada 2018.

Usaha pembaharuan

Kerajaan mula laksanakan undang-undang perolehan baharu yang menggabungkan seluruh sektor awam di bawah satu sistem. Pihak Berkuasa Perolehan Awam (PPA) ditubuhkan, namun masih kekurangan kakitangan: hanya 1 ahli dan 5 pekerja untuk pantau 1,400 entiti pembelian.

Presiden PPA, Jean Ellieh, menyatakan bahawa walaupun kekurangan, mereka tetap komited memastikan pelaksanaan undang-undang. Beliau menyatakan beberapa penderma berpuas hati dengan usaha mereka.

Dominasi kontraktor lama

Kontraktor besar dengan hubungan politik masih mendominasi tender rekonstruksi. Kajian Al Jazeera mendapati daripada 152 kontrak bernilai lebih $30 juta, empat syarikat utama memenangi 60% daripadanya — dua daripadanya dikenal pasti mempunyai kaitan politik.

Wassim Maktabi, pakar ekonomi, menjelaskan bahawa walaupun pemberian kontrak berdasarkan merit, syarikat-syarikat ini masih akan menguasai kerana modal dan pengalaman mereka.

Namun beliau menegaskan: “Rekonstruksi terlalu penting untuk ditangguhkan demi kesempurnaan.”

Jalan ke hadapan

Kerajaan sedang berunding dengan Bank Dunia dalam pelan $980 juta (LEAP) untuk memulakan rekonstruksi Lubnan selepas perang. Pelan ini hanya merangkumi sebahagian kecil kos keseluruhan.

Sebagai syarat, kerajaan perlu segarkan semula ahli lembaga CDR dan lantik Lembaga Pengawal Elektrik yang tertangguh. Mereka juga mencadangkan Tabung Amanah Rekonstruksi yang lebih telus.

Namun arkitek dan aktivis, Abir Saksouk, memberi amaran agar tidak ulang model bantuan 2020 yang tidak adil dan tidak menyatukan masyarakat. Beliau gesa proses rekonstruksi inklusif yang melibatkan mangsa, kementerian berkaitan, dan komuniti sivil.

“Kita perlukan kerangka rekonstruksi yang melibatkan institusi kerajaan, tetapi juga suara rakyat,” katanya.

Sumber : https://www.aljazeera.com/news/2025/5/6/lebanon-government-works-to-regain-donor-trust-secure-reconstruction-funds

Hulurkan bantuan kepada Palestin, Lubnan, Syria dan Yaman disini : https://globalhayat.net/campaign/

Teruskan Perjalanan Melalui Blog Kami

Ikuti perkembangan terkini kami, termasuk berita, pandangan, dan inisiatif baharu ketika kami terus berkembang serta mencipta impak berkekalan dalam komuniti demi masa depan yang lebih baik.

Blog

Jamal al-Durrah: Seorang Bapa di Sebalik Rakaman Muhammad al-Durrah yang Menggegarkan Dunia

Pada 30 September 2000, satu rakaman dari Gaza tersebar ke seluruh dunia. Seorang bapa kelihatan cuba ...

Blog

Saleh Al-Jafarawi: Suara dari Gaza yang Membawa Dunia Melihat Perang dari Dekat

Ketika bangunan runtuh, hospital dipenuhi mangsa dan ribuan keluarga berpindah mencari perlindungan, seorang pemuda Gaza bergerak ...

Blog

Faris Odeh: Kanak-Kanak Gaza di Sebalik Foto Ikonik Berdepan Kereta Kebal

Seorang kanak-kanak berdiri di tengah jalan. Di tangannya hanya seketul batu. Beberapa meter di hadapannya, sebuah ...

Scroll to Top